Friday, 19 February 2016

UMBUT PALAH atau 'TAJOK'

Sangat popular dikalangan orang zaman dahulu hingga sekarang. Walaupun ia kelat dan pahit tapi ianya amat glamour bagi penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Sayur ini amat sukar diperolehi kerana cara untuk mengambil pucuknya amat rumit.  Harganya lebih kurang 1pucuk RM1 kini. Umbut palah ini adalah ditanam oleh penduduk Kampung.  
Cara memotongnya untuk dijadikan lauk adalah sebegini.  Ia amat sesuai dimasak bersama ikan atau udang.  Masakan rebus amat disukai penduduk di sekitar Daro.  Saya juga amat suka memakan sayur umbut kerana keluarga saya selalu memasak umbut palah ini.
Ni la rebusan lauk Umbut Palah. Sedap tau kalau dicampurkan dengan udang dan ditambah lada atau cili. Pergghhhh....!! Toleh tepi pun tak lagi kalau dah makan sayur ni. hehehe...





No comments:

Post a Comment